<i>SD Maid 2/SE</i> ialah pembantu dipercayai Android anda, untuk memastikannya bersih dan rapi.

Tiada siapa yang sempurna dan begitu juga Android.

* Aplikasi yang telah anda alih keluar tinggalkan sesuatu.
* Log, laporan kerosakan dan fail lain yang anda tidak mahu sentiasa dicipta.
* Penyimpanan anda mengumpul fail dan folder yang tidak anda kenali.
* Foto berganda dalam galeri anda.

Jangan teruskan di sini… Biarkan SD Maid 2/SE membantu anda!

SD Maid 2/SE ialah pengurus apl dan fail yang mengetahui apl mana yang mencipta fail pada peranti anda. Ia membandingkan fail dengan apl yang dipasang untuk membantu anda mengosongkan ruang storan dengan selamat.

✨ Bersihkan selepas menyahpasang aplikasi

Jika aplikasi membuat fail di luar folder yang ditentukan, fail boleh kekal walaupun selepas menyahpasang aplikasi. Alat "CorpseFinder" mencari baki aplikasi, memberitahu anda aplikasi mana yang dimilikinya dan membantu anda memadamkannya.

🔍 Cari peranti anda dengan cara yang pintar

Tapis untuk folder kosong, fail sementara, aplikasi yang sudah dipasang dan banyak lagi. Anda juga boleh membuat kriteria pencarian anda sendiri. Alat "SystemCleaner" secara automatik mencari dan memadam fail berdasarkan pelbagai kriteria.

🧹 Padamkan fail yang boleh dibuang dan cache tersembunyi

Gambar kecil, tong sampah, cache luar talian dan banyak lagi: Jika aplikasi tidak membersihkan selepas diri mereka, maka apl ini akan. Alat "AppCleaner" mencari aplikasi dengan fail yang boleh dibuang.

📦 Urus semua aplikasi anda

Dapatkan senarai komprehensif semua aplikasi yang dipasang di peranti anda. Didayakan, dilumpuhkan, aplikasi pengguna atau sistem: tiada aplikasi boleh bersembunyi daripada anda. Alat "AppControl" ialah pengurus apl yang membolehkan anda mencari, mengisih dan mengawal apl anda.

📊 Apa yang menggunakan semua ruang anda

Pengurusan storan boleh menjadi kompleks dengan apl, media, sistem, dan fail lain merentasi storan peranti, kad SD, dan peranti USB. "StorageAnalyzer" ialah pengurus fail yang memaparkan bagaimana ruang digunakan di peranti anda, memudahkan pengurusan penyimpanan anda.

📷 Cari data berganda

Muat turun berganda, foto yang dihantar melalui media sosial atau hanya gambar serupa pemandangan yang sama: Seiring masa salinan boleh terkumpul. Alat "Deduplicator" mencari fail yang sama persis atau serupa dan membantu anda memadamkan salinan tambahan.

👆 Kemas kini dengan leret

Pilih folder dan semak fail satu demi satu dengan leret mudah untuk simpan, padam, atau langkau. Alat "Swiper" membolehkan anda menyemak semua keputusan sebelum apa-apa dipadam, dan anda boleh menyimpan sesi untuk diteruskan kemudian.

🗜️ Jimat ruang tanpa memadam foto

Foto boleh mengambil banyak ruang storan, tetapi anda tidak selalu mahu memadamnya. Alat "Media Squeeze" memampatkan imej anda dengan tetapan kualiti yang boleh dilaraskan untuk membebaskan ruang sambil mengekalkan gambar anda.

Apl ini bebas iklan. Sesetengah ciri memerlukan naik taraf berbayar.

SD Maid 2/SE ialah pengganti SD Maid 1/Legacy.
Dioptimumkan untuk versi Android yang lebih baharu dan memfokuskan pada pembersihan.

Apl ini mempunyai ciri pilihan yang menggunakan API AccessibilityService untuk mengotomatikkan tindakan yang membosankan.
Menggunakan API AccessibilityService, apl ini boleh mengklik butang untuk anda bagi melakukan operasi pada berbagai aplikasi, contohnya. memadam cache.
Apl ini tidak menggunakan API AccessibilityService untuk mengumpul maklumat.

SD Maid 2/SE ialah Aplikasi Pengurus Fail & Pembersih.